Wednesday, December 8, 2010

Jenis Darah & Personaliti Korang




O
Korang yg berdarah jenis ’O’ merupakan seorang yang ingin menjadi pemimpin. Apabila korang  nak kan sesuatu, korang akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Korang juga merupakan seorang trend-setter, setia, bersemangat, penyabar dan konfiden dengan diri korang. Kelemahan korang ni  ialah suka bermegah diri dan kuat cemburu serta mempunyai kecenderungan untuk menjadi terlalu kompetetif. Korang juga terlalu suka bersaing dan ini akan memberikan tekanan terhadap korang. So, pada s’siapa yang berdarah ‘O’, relax dude, apa yang serius-serius sangat ni. Kita ‘enjoy’ puas-puas dalam hidup ni. Korang jangan nak salah sangka dengan perkataan ‘enjoy’ ni yek. Pandai-pandai la korang pikir…
A
Korang ni jenis yang  sukakan keharmonian, keamanan dan lebih tersusun (kerja-kerja yang melibatkan kumpulan dan persatuan). Korang mudah bekerja dengan orang lain, sensitif, sabar dan penyayang serta bijak bergaul.So, tak hairan la kalau ramai orang menyenangi korang. Kelemahan korang  ialah kedegilan dan ketidakupayaan korang untuk berehat. Korang kenalah ingat nak jaga kesihatan sebab apa gunanya kalau korang cari duit bebanyak then tak sempat hari tua dah kena pelbagai penyakit. Kerja tetap kerja, tapi janganlah sampai kesihatan korang terabai pulak..
B
Korang merupakan orang yang agak kasar, lebih jelas dan berterus terang dalam melakukan sesuatu serta suka melakukan sesuatu mengikut cara korang sendiri. I LIKE IT... cam style aq jek. Ok, korang kreatif dan fleksibel serta mudah menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran. Namun, sikap korang  yang terlalu bebas dan tidak gemar meminta bantuan mungkin menyebabkan korang keterlaluan dan inilah salah satu kelemahan diri korang. Pada s’siapa yang darah jenis ni, wei korang jangan nak sombong sangat la. Walaupun korang ni mementingkan kesempurnaan, tapi korang kena ingat la yang bukan semua perkara korang boleh selesaikan sendirian tau tak..
AB
Korang merupakan seorang yang cool dan bijak mengawal emosi. Kebiasaannya korang disukai  disebabkan  korang jenis yang menghormati orang lain dan ini  menyebabkan orang disekeliling an korang berasa senang. Korang  juga seorang yang mempunyai keupayaan semulajadi untuk menhiburkan orang lain. Tapi yang jadi permasalahan korang ni ialah korang selalu teragak-agak untuk menyelesaikan masalah. So, korang pepandai la selesaikan masalah korang dan jangan biar orang lain yang buat keputusan bagi pihak korang sebab keputusan yang kita buat sendiri selalunya lagi bagus. Tapi ini tak bermakna korang tak boleh dengar & mintak nasihat orang pulak. Nanti t’tiba jekk dapat gelaran ‘sombong’. Aq tak tau..



p/s~ aq s’dri  pun x tw aq  ni jenis darah yang mana satu…

No comments:

Post a Comment