Monday, December 27, 2010

Know Me Better...

Fatbunny, bintangmu adalah Scorpio. Berikut adalah gelagatmu dalam perhubungan :

Di sebalik penampilan yang agak kasar ,Scorpio adalah seorang yang lemah . Anda suka disanjung dan takut pada kritikan. Anda sangat mengharapkan kejujuran kawan atau pasangan anda sehingga anda sampai menjadi seorang yang pengongkong dan mudah cemburu.
Kalau anda disakiti , anda cepat melenting. Dalam hubungan ini , kawan atau kekasih yang ideal bagi Scorpio adalah seseorang yang mempunyai daya kesabaran yang paling tinggi dan berupaya menawan kekasaran anda.
Orang yang bernaung di bawah lambang TAURUS ( 21 April – 20 Mei ) dan CANCER (21 Jun – 20 Julai) merupakan pendamping yang sesuai yang diperlukan oleh Scorpio. Sebaliknya, orang yang bernaung di bawah naungan ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) pula perlu dihindari oleh Scorpio.
Taurus adalah pedamping yang diperlukan oleh Scorpio . Dengan kesabaran yang ditunjukkan oleh Taurus , Scorpio mampu melenyapkan sikap kasarnya.Dengan sikap Taurus yang matang dan mantap akan menyebabkan sifat Scorpio yang pencemburu itu akan mudah berasa damai (tenang ).
Berpasangan dengan Cancer pun akan menyenangkan Scorpio. Cancer biasanya seorang yang boleh dipercayai dan mantap . Dia mampu memberi perlindungan dan kedamaian yang diperlukan. Tambahan pula , Cancer juga berpandangan konservatif seperti Scorpio.
Sebaliknya, Aries bukanlah pasangan yang idela bagi Scorpio . Aries cenderung memperkatakan sebarang perkara , sedangkan Scorpio takut dikritik. Demikian juga dengan hubungan Scorpio – Gemini . Sifat Gemini yang keanak – anakan tidak sesuai bagi Scorpio yang juga cenderung bersifat demikian.

29 haribulan Oktober 1994, Sabtu :

Dirimu : Anda boleh mempercayai deria keenam anda. Hidup ini menyenangkan jadi pekerjaan rutin bukan minat anda. Anda mempunyai idea-idea cemerlang dan imajinasi fantastis. Anda sering merasa bosan terhadap hal-hal dan orang di sekitar anda.
Cintamu : Anda boleh mengetahui apa yang ada di fikiran orang lain hanya dengan melihat ke dalam mata nya. Anda paranoid dan cemburu dan ini adalah penyebab perkelahian antara anda dan kekasih anda. Kadang-kadang hal yang anda percaya hanya imajinasi anda.

WARNA MENGIKUT TARIKH LAHIRKU...




Warna yang mewakili hari lahir anda adalah Putih.

Sifat : Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

SIKAP MENGIKUT TARIKH LAHIR..


Anda dilahirkan pada 29 Oktober 1994, Sabtu..

Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak dan suka bertikam lidah adalah antara nilai dirinya. Namun, dia tegas pendirian, cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal menjadikannya wanita istimewa. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.
Apabila bercinta, suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin tetapi jika kena gayanya, ia penuh dengan kelembutan.


Haiwan yang mewakili tarikh lahirmu adalah Ular

Ciri-ciri:
* misteri
*dapat menangani tekanan dengan mudah
*mudah beradaptasi dengan situasi
*sangat teliti dan tepat
*suka membantu orang jika mereka benar-benar perlukan bantuan

( seme ni aq ambk kt fb tp yg aq rse k'bnyakkn nyer btol skit2 laa,, korang try laa plak kuiz gini kt fb...bezzz)

No comments:

Post a Comment